Thursday, 22 February 2018

PBL MENINGKATKAN 3 KEMAHIRAN PELAJAR ABAD KE 21



PBL MENINGKATKAN 3 KEMAHIRAN PELAJAR ABAD KE 21

Ke arah merealisasikan hasrat negara dalam TN 50, negara memerlukan warganegara yang berketrampilan dalam semua bidang. Bagi mencapai hasrat tersebut, suka atau tidak, mahu tidak mahu, sebagai pendidik saya perlu berusaha dengan lebih gigih untuk melahirkan pelajar yang mampu mengeluarkan potensi diri. Apabila potensi sudah dikenalpasti barulah ianya dapat digilap semampu mungkin. Ia bukanlah mudah tapi ia tidak mustahil.

Antara teknik yang saya gunakan untuk mengcungkil kecerdasan pelbagai pelajar saya ialah melalui PBL. Antara kemahiran yang boleh dicungkil melalui PBL ialah :-

1. Kemahiran  Komunikasi
Komunikasi yang berkesan mampu membantu pelajar abad ke 21 dalam memperolehi ilmu dengan lebih cepat dan meluas. PBL mampu melatih pelajar untuk berkomunikasi dengan rakan lain. Ia berlaku mungkin melalui proses perbincangan idea dan pendapat.

2. Kemahiran Berfikir dan Menyelesaikan Masalah
Pelajar abad ke 21 juga merupakan anak- anak yang lahir dari geneasi Z. Anak- anak ini sudah terbiasa dengan maklumat dihujung jari. Proses penyelesaian masalah bagi mereka adalah sesuatu yang jarang ditemui ( ini berdasarkan pemerhatian saya terhadap anak-anak murid saya sahaja). Mereka sudah terbiasa dengan dapat apa yang mereka hajati. PBL mampu melatih mereka menyelesaikan masalah melalui aktiviti/ projek yang dijalankan.
Kemahiran berfikir dan menyelesaikan masalah ini seterusnya mampu mendorong ke atah pemikiran yang lebih kreatif dan kratis.

3. Kemahiran Interpersonal dan Intrapersoanal.
Kemahiran interpersoanal ialah kemahiran yang melibatkan diri sendiri dan orang lain disekeliling. Kemahiran ini amat penting kerana kita semua tidak hidup seorang diri dan memerlukan dan saling bergantungan dengan orang lain untuk terus hidup.
Kemahiran intrapersonal pula merupakan kemahiran yang melibatkan diri sendiri dan dalaman diri. Kemahiran ini penting untuk melatih diri terus positif dan terima apa yang dimiliki oelh diri. Kemahiran ini jika dapat digilap dan terus digilap sudah pastinya dapat melahirkan seorang individu yang hebat.

Cikgu Zarina
Jumaat, 23 Feb


No comments:

Post a Comment