Thursday, 22 February 2018

Apa Itu PBL



Apa itu PBL?

PBL adalah singkatan daripada perkataan bahasa inggeris “Project Based Learning”. Dalam Bahasa Melayu, PBL dikenali sebagai Pembelajaran Berasaskan Projek. PBL ini bukanlah sesuatu yang baru dalam penagajaran dan pembelajaran sains, Cuma istilah dan penumpuannya sahaja yang sedikit berbeza. Proses melakukan eksperimen yang sudah sinonim dengan pembelajaran sains itu juga merupakan suatu PBL.

Definisi PBL berdasarkan kajian-kajian lepas.
-Proses pembelajaran yang berfokuskan kepada tugasan atau kerja amali secara sistematik atau terancang dalam jangka masa tertentu. Ia biasanya melibatkan analisis data dan di persembahkan melalui laporan yang mengikut format tertentu-

Ciri- ciri PBL
i)                    Ia boleh dilakukan secara individu
ii)                   Ia boleh jalankan secara berkumpulan
iii)                 Penilaian yang dijalankan ke atas projek dilakukan secara berperingkat. Dari tahap pertama sehingga tahap hasil projek yang disiapkan
iv)                 Ia sangat membantu pelajar untuk mengintegrasikan pengetahuan secara teoritikal dengan aktiviti/ projek yang dijalankan.
v)                  Ia akan menghasilkan suatu kerjasama yang erat antara pelajar dan guru. Kemahiran komunikasi antara guru dan pelajar dapat ditingkatkan. Ini kerana, guru dan pelajar perlu sentiasa bekerjasama dan berundingan pada setiap tahap sehinggalah hasil aktiviti / projek siap dijalankan.

Contoh- contoh PBL yang boleh dijalankan

i)                    Projek kaji selidik
ii)                   Projek lawatan sambil belajar
iii)                 Projek pembelajaran khusus dan berfokus
iv)                 Projek kegunaan ( membinan modul pembelajaran )
v)                  Projek penghasilan ( menghasilkan alatan atau model )
vi)                 Projek hasil tangan ( kraftangan dan sebagainya)


Cikgu Zarina Adnain
23 Feb 2018

1 comment: