Friday, 23 February 2018

PBL dan Kreativiti Pelajar







PBL dan Kreativiti Pelajar

Project Based Learning (PBL) merupakan suatu jenis pembelajaran yang berasaskan projek. Ada projek yang memerlukan masa yang panjang dan ada yang hanya memerlukan masa yang singkat.

PBL yang dijalankan oleh para guru sebenarnya mampu untuk mencungkil bakat para pelajar. Berdasarkan pemerhatian dan pengalaman saya mengajar, pelajar yang berada di tahap kognitif yang lebih rendah mampu untuk “meluahkan”kefahaman mereka tentang sesuatu konsep terutamanya dalam subjek sains.

Pelajar yang berada di dalam kelas yang berada di tahap kognitif yang lebih tinggi lebih suka untuk membaca dan memahami secara teori berbanding pelajar yang lebih lemah sangat suka kepada aktiviti berbentuk “hands on”.


No comments:

Post a Comment