Apa itu PBL?
PBL adalah singkatan daripada perkataan bahasa inggeris “Project
Based Learning”. Dalam Bahasa Melayu, PBL dikenali sebagai Pembelajaran
Berasaskan Projek. PBL ini bukanlah sesuatu yang baru dalam penagajaran dan
pembelajaran sains, Cuma istilah dan penumpuannya sahaja yang sedikit berbeza.
Proses melakukan eksperimen yang sudah sinonim dengan pembelajaran sains itu
juga merupakan suatu PBL.
Definisi PBL berdasarkan kajian-kajian lepas.
-Proses pembelajaran yang berfokuskan kepada tugasan atau
kerja amali secara sistematik atau terancang dalam jangka masa tertentu. Ia
biasanya melibatkan analisis data dan di persembahkan melalui laporan yang
mengikut format tertentu-
Ciri- ciri PBL
i)
Ia boleh dilakukan secara individu
ii)
Ia boleh jalankan secara berkumpulan
iii)
Penilaian yang dijalankan ke atas projek
dilakukan secara berperingkat. Dari tahap pertama sehingga tahap hasil projek
yang disiapkan
iv)
Ia sangat membantu pelajar untuk
mengintegrasikan pengetahuan secara teoritikal dengan aktiviti/ projek yang
dijalankan.
v)
Ia akan menghasilkan suatu kerjasama yang erat
antara pelajar dan guru. Kemahiran komunikasi antara guru dan pelajar dapat
ditingkatkan. Ini kerana, guru dan pelajar perlu sentiasa bekerjasama dan
berundingan pada setiap tahap sehinggalah hasil aktiviti / projek siap
dijalankan.
Contoh-
contoh PBL yang boleh dijalankan
i)
Projek kaji selidik
ii)
Projek lawatan sambil belajar
iii)
Projek pembelajaran khusus dan berfokus
iv)
Projek kegunaan ( membinan modul pembelajaran )
v)
Projek penghasilan ( menghasilkan alatan atau
model )
vi)
Projek hasil tangan ( kraftangan dan sebagainya)
Cikgu Zarina Adnain
23 Feb 2018