Tuesday, 27 September 2022
Sunday, 29 March 2020
Friday, 23 February 2018
PBL dan Kreativiti Pelajar
PBL dan Kreativiti Pelajar
Project Based Learning (PBL) merupakan suatu jenis
pembelajaran yang berasaskan projek. Ada projek yang memerlukan masa yang
panjang dan ada yang hanya memerlukan masa yang singkat.
PBL yang dijalankan oleh para guru sebenarnya mampu untuk
mencungkil bakat para pelajar. Berdasarkan pemerhatian dan pengalaman saya
mengajar, pelajar yang berada di tahap kognitif yang lebih rendah mampu untuk “meluahkan”kefahaman
mereka tentang sesuatu konsep terutamanya dalam subjek sains.
Pelajar yang berada di dalam kelas yang berada di tahap
kognitif yang lebih tinggi lebih suka untuk membaca dan memahami secara teori
berbanding pelajar yang lebih lemah sangat suka kepada aktiviti berbentuk “hands
on”.
Labels:
Project Based Learning (PBL),
Sekolah
Location:Malaysia
Putrajaya, Malaysia
Thursday, 22 February 2018
PBL MENINGKATKAN 3 KEMAHIRAN PELAJAR ABAD KE 21
PBL MENINGKATKAN 3 KEMAHIRAN PELAJAR ABAD KE 21
Ke arah merealisasikan hasrat negara dalam TN 50, negara
memerlukan warganegara yang berketrampilan dalam semua bidang. Bagi mencapai
hasrat tersebut, suka atau tidak, mahu tidak mahu, sebagai pendidik saya perlu
berusaha dengan lebih gigih untuk melahirkan pelajar yang mampu mengeluarkan
potensi diri. Apabila potensi sudah dikenalpasti barulah ianya dapat digilap
semampu mungkin. Ia bukanlah mudah tapi ia tidak mustahil.
Antara teknik yang saya gunakan untuk mengcungkil kecerdasan
pelbagai pelajar saya ialah melalui PBL. Antara kemahiran yang boleh dicungkil
melalui PBL ialah :-
1. Kemahiran Komunikasi
Komunikasi yang berkesan mampu membantu pelajar abad ke 21
dalam memperolehi ilmu dengan lebih cepat dan meluas. PBL mampu melatih pelajar
untuk berkomunikasi dengan rakan lain. Ia berlaku mungkin melalui proses
perbincangan idea dan pendapat.
2. Kemahiran Berfikir dan Menyelesaikan Masalah
Pelajar abad ke 21 juga merupakan anak- anak yang lahir dari
geneasi Z. Anak- anak ini sudah terbiasa dengan maklumat dihujung jari. Proses
penyelesaian masalah bagi mereka adalah sesuatu yang jarang ditemui ( ini
berdasarkan pemerhatian saya terhadap anak-anak murid saya sahaja). Mereka
sudah terbiasa dengan dapat apa yang mereka hajati. PBL mampu melatih mereka
menyelesaikan masalah melalui aktiviti/ projek yang dijalankan.
Kemahiran berfikir dan menyelesaikan masalah ini seterusnya
mampu mendorong ke atah pemikiran yang lebih kreatif dan kratis.
3. Kemahiran Interpersonal dan Intrapersoanal.
Kemahiran interpersoanal ialah kemahiran yang melibatkan
diri sendiri dan orang lain disekeliling. Kemahiran ini amat penting kerana
kita semua tidak hidup seorang diri dan memerlukan dan saling bergantungan
dengan orang lain untuk terus hidup.
Kemahiran intrapersonal pula merupakan kemahiran yang
melibatkan diri sendiri dan dalaman diri. Kemahiran ini penting untuk melatih
diri terus positif dan terima apa yang dimiliki oelh diri. Kemahiran ini jika
dapat digilap dan terus digilap sudah pastinya dapat melahirkan seorang
individu yang hebat.
Cikgu Zarina
Jumaat, 23 Feb
Apa Itu PBL
Apa itu PBL?
PBL adalah singkatan daripada perkataan bahasa inggeris “Project
Based Learning”. Dalam Bahasa Melayu, PBL dikenali sebagai Pembelajaran
Berasaskan Projek. PBL ini bukanlah sesuatu yang baru dalam penagajaran dan
pembelajaran sains, Cuma istilah dan penumpuannya sahaja yang sedikit berbeza.
Proses melakukan eksperimen yang sudah sinonim dengan pembelajaran sains itu
juga merupakan suatu PBL.
Definisi PBL berdasarkan kajian-kajian lepas.
-Proses pembelajaran yang berfokuskan kepada tugasan atau
kerja amali secara sistematik atau terancang dalam jangka masa tertentu. Ia
biasanya melibatkan analisis data dan di persembahkan melalui laporan yang
mengikut format tertentu-
Ciri- ciri PBL
i)
Ia boleh dilakukan secara individu
ii)
Ia boleh jalankan secara berkumpulan
iii)
Penilaian yang dijalankan ke atas projek
dilakukan secara berperingkat. Dari tahap pertama sehingga tahap hasil projek
yang disiapkan
iv)
Ia sangat membantu pelajar untuk
mengintegrasikan pengetahuan secara teoritikal dengan aktiviti/ projek yang
dijalankan.
v)
Ia akan menghasilkan suatu kerjasama yang erat
antara pelajar dan guru. Kemahiran komunikasi antara guru dan pelajar dapat
ditingkatkan. Ini kerana, guru dan pelajar perlu sentiasa bekerjasama dan
berundingan pada setiap tahap sehinggalah hasil aktiviti / projek siap
dijalankan.
Contoh-
contoh PBL yang boleh dijalankan
i)
Projek kaji selidik
ii)
Projek lawatan sambil belajar
iii)
Projek pembelajaran khusus dan berfokus
iv)
Projek kegunaan ( membinan modul pembelajaran )
v)
Projek penghasilan ( menghasilkan alatan atau
model )
vi)
Projek hasil tangan ( kraftangan dan sebagainya)
Cikgu Zarina Adnain
23 Feb 2018
Wednesday, 2 August 2017
Happy 6th Birthday Kakak Anis
Anakku yang kedua. Hadirmu tanpa diduga. Kakak membesar dengan keadaan ummi tak sedar kakak berada dalam perut ummi. Kakak berkongsi makan ubat TB dengan ummi. Allah pelihara kakak dari segala yang buruk. Bayangkan sebelum ummi disahkan ada TB, ummi menjalani pelbagai rawatan chect X-ray, masuk mri machine, baut CT scan. Ubatan dan jarum yang cucuk tak payah ceritalah. Kakak ialah salah satu contoh KEAJAIBAN yang Allah nak tunjuk dekat ummi dan abi.
Seperti abang, kakak juga lahir di Hospital Pakar Annur Hasanah Bangi. Disambut oleh Doktor Khamsiah bt Muda. Dr Kham yang sangat baik. Semoga kakak membesar dengan penuh keberkatan dan kebertuahan.hehe.
Nama kakak ada abi yang pilih ada ummi yang pilih.
Wan : nama keturunan
Nur : cahaya
Anis : yang mesra, teman mesra ( abi yang pilih)
Nasuha : yang benar- benar ( ummi yang pilih)
ummi doakan kakak membesar dengan sihat dan penuh bijaksana dengan ilmu dunia dan ilmu akhirat. Ummi juga doakan kakak bergelar alhafizah suatu hari nanti. Rabbi yassir ya Allah.
love kakak
-ummi-
Eid Mubarak 2017
Kenangan hari raya aidilfitri tahun 2017. Tahun ni turn raya belah suami. Walaupun kami sama-sama asal Kelantan, tapi daerah tempat kami dilahirkan berbeza. Saya dilahirkan di Kg. Belimbing dalam daerah Tanah Merah. Suami pula dilahirkan di Kg. Kutan Tengah dalam daerah Wakaf Bharu Jajahan Tumpat. Kami masing- masing masih mempunyai ibu untuk disantuni.
Abang Irfan umur 8 tahun
Kakak Anis umur 6 tahun
Adik Abid baru masuk setahun sehari
Lots of Loves
-ummi zarina-
Bina pada tahun 2010, share pada tahun 2017
Saya mula meneroka bidang blogging ini mulai tahun 2010. Kebanyakan posting saya sudah delete. Menyesalnaya saya. Tiada kenangan dahulu kala. Kenapa saya delete ? Jawapannya ialah saya kurang yakin dengan diri saya. Saya malu dengan gaya penulisan saya. Nahh, padan muka saya. Tiada apa yang berbaki. Save in draft pun tak. Tahun ini 2017, tanggal 2 Ogos saya nekad untuk disiplin diri berkongsi apa sahaja yang saya penting untuk dijadikan kenangan. Umur makin menginjak dewasa. Anything happen to me, anak-anak ada sesuatu untuk dijadikan kenangan.
Dear Allah i'm begging you. Please make me stay strong and healthy.
all my One. i love you all.
* One Mohd Azlan
* One Muhd Irfan
* One Nur Anis Nasuha
* One Muhd Abid
Thursday, 20 April 2017
Rahsia di sebalik setiap nama anak-anakku
WAN MUHAMMAD IRFAN
Anakku yang sulung. Lahir 2 hari awal dari tarikh kelahiranku 5 mei 2009. Dengan berat 3.1kg Irfan lahir disambut dengan penuh rasa syukur dan gembira. Allah mengurnikan anak kepada ku dan suami tanda pengikat kasih sayang.
Irfan lahir di Hospital Pakar Annur Hasanah Bangi. Disambut oleh Doktor Khamsiah bt Muda. Pakar O&G.
Wan : nama keturunan
Muhammad : yang terpuji
Irfan : yang arif, yang bijak, yang bersyukur
ummi doakan abang membesar dengan sihat dan penuh bijaksana dengan ilmu dunia dan ilmu akhirat. Ummi juga doakan abang direzeki oleh Allah menjadi al-Hafiz.
amin
Tuesday, 23 August 2016
Subscribe to:
Posts (Atom)