Anakku yang kedua. Hadirmu tanpa diduga. Kakak membesar dengan keadaan ummi tak sedar kakak berada dalam perut ummi. Kakak berkongsi makan ubat TB dengan ummi. Allah pelihara kakak dari segala yang buruk. Bayangkan sebelum ummi disahkan ada TB, ummi menjalani pelbagai rawatan chect X-ray, masuk mri machine, baut CT scan. Ubatan dan jarum yang cucuk tak payah ceritalah. Kakak ialah salah satu contoh KEAJAIBAN yang Allah nak tunjuk dekat ummi dan abi.
Seperti abang, kakak juga lahir di Hospital Pakar Annur Hasanah Bangi. Disambut oleh Doktor Khamsiah bt Muda. Dr Kham yang sangat baik. Semoga kakak membesar dengan penuh keberkatan dan kebertuahan.hehe.
Nama kakak ada abi yang pilih ada ummi yang pilih.
Wan : nama keturunan
Nur : cahaya
Anis : yang mesra, teman mesra ( abi yang pilih)
Nasuha : yang benar- benar ( ummi yang pilih)
ummi doakan kakak membesar dengan sihat dan penuh bijaksana dengan ilmu dunia dan ilmu akhirat. Ummi juga doakan kakak bergelar alhafizah suatu hari nanti. Rabbi yassir ya Allah.
love kakak
-ummi-