Wednesday, 2 August 2017

Happy 6th Birthday Kakak Anis



 

WAN NUR ANIS NASUHA

Anakku yang kedua. Hadirmu tanpa diduga. Kakak membesar dengan keadaan ummi tak sedar kakak berada dalam perut ummi. Kakak berkongsi makan ubat TB dengan ummi. Allah pelihara kakak dari segala yang buruk. Bayangkan sebelum ummi disahkan ada TB, ummi menjalani pelbagai rawatan chect X-ray, masuk mri machine, baut CT scan. Ubatan dan jarum yang cucuk tak payah ceritalah. Kakak ialah salah satu contoh KEAJAIBAN yang Allah nak tunjuk dekat ummi dan abi.

Seperti abang, kakak juga lahir di Hospital Pakar Annur Hasanah Bangi. Disambut oleh Doktor Khamsiah bt Muda. Dr Kham yang sangat baik. Semoga kakak membesar dengan penuh keberkatan dan kebertuahan.hehe.

Nama kakak ada abi yang pilih ada ummi yang pilih.

Wan             : nama keturunan
Nur              : cahaya
Anis            : yang mesra, teman mesra ( abi yang pilih)
Nasuha        : yang benar- benar ( ummi yang pilih)


ummi doakan kakak membesar dengan sihat dan penuh bijaksana dengan ilmu dunia dan ilmu akhirat. Ummi juga doakan kakak bergelar alhafizah suatu hari nanti. Rabbi yassir ya Allah.


love kakak
-ummi-

Eid Mubarak 2017





Kenangan hari raya aidilfitri tahun 2017. Tahun ni turn raya belah suami. Walaupun kami sama-sama asal Kelantan, tapi daerah tempat kami dilahirkan berbeza. Saya dilahirkan di Kg. Belimbing dalam daerah Tanah Merah. Suami pula dilahirkan di Kg. Kutan Tengah dalam daerah Wakaf Bharu Jajahan Tumpat. Kami masing- masing masih mempunyai ibu untuk disantuni.

Abang Irfan umur 8 tahun
Kakak Anis umur 6 tahun
Adik Abid baru masuk setahun sehari


Lots of Loves
-ummi zarina-

Bina pada tahun 2010, share pada tahun 2017


Saya mula meneroka bidang blogging ini mulai tahun 2010. Kebanyakan posting saya sudah delete. Menyesalnaya saya. Tiada kenangan dahulu kala. Kenapa saya delete ? Jawapannya ialah saya kurang yakin dengan diri saya. Saya malu dengan gaya penulisan saya. Nahh, padan muka saya. Tiada apa yang berbaki. Save in draft pun tak. Tahun ini 2017, tanggal 2 Ogos saya nekad untuk disiplin diri berkongsi apa sahaja yang saya penting untuk dijadikan kenangan. Umur makin menginjak dewasa. Anything happen to me, anak-anak ada sesuatu untuk dijadikan kenangan. 



Dear Allah i'm begging you. Please make me stay strong and healthy.
all my One. i love you all.

* One Mohd Azlan
* One Muhd Irfan
* One Nur Anis Nasuha
* One Muhd Abid

Thursday, 20 April 2017

Rahsia di sebalik setiap nama anak-anakku


WAN MUHAMMAD IRFAN

Anakku yang sulung. Lahir 2 hari awal dari tarikh kelahiranku 5 mei 2009. Dengan berat 3.1kg Irfan lahir disambut dengan penuh rasa syukur dan gembira. Allah mengurnikan anak kepada ku dan suami tanda pengikat kasih sayang.

Irfan lahir di Hospital Pakar Annur Hasanah Bangi. Disambut oleh Doktor Khamsiah bt Muda. Pakar O&G.

Wan             : nama keturunan
Muhammad : yang terpuji
Irfan             : yang arif, yang bijak, yang bersyukur


ummi doakan abang membesar dengan sihat dan penuh bijaksana dengan ilmu dunia dan ilmu akhirat. Ummi juga doakan abang direzeki oleh Allah menjadi al-Hafiz.
amin